Monday 23 December 2013

Tingkah Laku Bermasalah

KONSEP TINGKAH LAKU
Perlakuan yang dimanifestasikan secara konsisten dalam satu jangka masa lama yang akan memberi kesan buruk dalam perkembangan pembelajaran murid dan seterusnya menghalang mereka terlibat secara aktif di dalam atau di luar bilik darjah.

JENIS-JENIS TINGKAH LAKU BERMASALAH
Secara umumnya, tingkah laku bermasalah dapat dikategorikan kepada tingkah laku bermasalah positif dan tingkah laku bermasalah negatif.

A.        Tingkah laku bermasalah positif
Tingkah laku bermasalah positif bermaksud tingkah laku positif yang ditunjukkan oleh kanak-kanak tetapi tingkah laku itu akan menjadi bermasalah sekiranya dilakukan secara berlebihan atau tanpa kawalan dan boleh menimbulkan masalah kepadanya. Misalnya, sifat ingin tahu yang berlebihan kepada seorang kanak-kanak boleh menyebabkannya bertindak keterlaluan sehingga menyusahkan dirinya dan orang lain.

1.            Tingkah Laku Dorongan Naluri Ingin Tahu
Naluri ingin tahu terdapat pada setiap individu. Pada peringkat awal,kanak – kanak akan bergerak menuju ke arah bungkusan yang terletak di atasmeja. Seterusnya dia akan mengoyakkan pembalut bungkusan tersebut untukmelihat barang yang terdapat di dalamnya. Perbuatan ini akan menyebabkanmurid bertindak dengan cepat tanpa menerima arahan daripada guru. Tingkahlaku seperti ini boleh menimbulkan situasi berbahaya terutamanya di dalammakmal.

2.            Tingkah Laku Murid Cepat Belajar 
Murid – murid dalam kategori ini biasanya akan dapat memahami sesuatukonsep dengan depat. Oleh itu, jika guru mengulangi penerangannya, murid –murid yang cepat belajar ini akan berasa bosan dan tidak akan memberipenumpuan lagi. Lantaran itu, mereka mula menimbulkan pelbagai jenisgangguan seperti mengusik rakan yang duduk di sebelah yang tentunya akanmenjejaskan kelicinan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas

3.            Tingkah Laku Murid Pintar Cerdas
Pelajar pintar cerdas mempunyai kebolehan atau potensi dalam aktivitiintelek seperti pemikiran abstrak, pemikiran logik, kemahiran lisan danmempunyai daya reka cipta yang tinggi. Daya ingatan pelajar seperti ini adalahtinggi. Pelajar dalam golongan ini juga mempunyai bakat khas dalam matematik,sains, seni lukis, drama, penulisan, muzik dan hubungan manusia. Mereka cepatmencapai pemahaman terhadap konsep – konsep yang di sampaikan. Inimenyebabkan mereka akan merasa cepat bosan sekiranya kaedah pengajaranguru adalah lambat dan tidak menarik. Kebosanan ini akan menyebabkanmereka menimbulkan pelbagai jenis masalah di dalam kelas. Ini bermaknaproses pengajaran dan pembelajaran akan terjejas sekiranya keperluan pelajar pintar cerdas tidak dipenuhi.

4.            Tingkah Laku Murid Proaktif 
Murid – murid seperti ini sentiasa aktif dan bertindak denagn penuhsemangat. Mereka jarang menunggu arahan untuk melakukan sesuatu.Contohnya, selepas sahaja memerhati satu demonstrasi di dalam makmal,mereka ingin menjalankan uji kaji tersebut dengan serta merta. Tingkah laku iniboleh menimbulkan masalah kerana tanpa arahan yang jelas, kemalangan bolehberlaku.

B.        Tingkah laku bermasalah negative
Tingkah laku bermasalah negatif adalah jelas iaitu tingkah laku yang menimbulkan masalah kepada dirinya dan juga orang lain. Beberapa contoh tingkah laku bermasalah negatif adalah seperti berikut:

i.          Tingkah laku Disruptif/mengganggu
Perlakuan sentiasa mengganggu perjalanan pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Tingkah laku ini juga berlaku di luar kelas dan juga di rumah.

ii.         Pergantungan berlebihan
Kanak-kanak yang sangat bergantung kepada orang lain, tidak dapat berdikari, dan tidak berupaya membuat keputusan sendiri.Contohnya tidak mahu hadir ke sekolah tanpa ditemani ibu. Kadangkala ada ibu yang terpaksa duduk di luar kelas.

iii.        Agresif
Tingkah laku agesif adalah seperti suka memulakan pergaduhan, suka bergaduh, suka memaki hamun, dan sebagainya.

iv.        Distruktif/merosakkan
Perlakuan yang suka merosakkan benda seperti kerusi meja, barangan kawan sekelas, mengoyak poster atau notis di papan kenyataan dan sebagainya.

v.         Kebimbangan
Perasaan kurang senang atau takut akibat anggapan bahawa sesuatu yang tidak diingini akan berlaku. Keadaan ini akibat daripada pengalaman emosi yang tidak menggembirakan yang dialami oleh seseorang .

vi.        Pengasingan diri
Suka menjauhkan diri daripada orang lain yang kurang disenangi. Tingkah laku ini juga dijadikan sebagai mekanisme helah bela diri untuk mengelakkan diri daripada berkomunikasi dengan orang lain.

vii.       Ponteng sekolah
Perlakuan yang sengaja dibuat iaitu tidak hadir ke sekolah tanpa pengetahuan ibu bapa dengan membuang masa di tempat lain seperti pusat membeli belah atau taman permainan.

viii.      Enggan ke sekolah
Enggan ke sekolah akibat daripada perasaan fobia terhadap sekolah. Kanak-kanak ini berasa bimbang untuk berpisah dengan keluarga dan bimbang meninggalkan kawasan rumahnya.


ix.        Mencuri
Mengambil hak orang lain tanpa kebenaran tuannya. Tabiat mencuri barang rakan sekelas akan menyebabkan pertengkaran, pergaduhan, dan dipulaukan oleh rakan sekelas.

x.             Pengunduran Diri
Pengunduran diri bermakna penarikan diri daripada suatu situasi yangkurang selamat atau mengancam. Kadangkala, pengunduran diri juga dilakukanuntuk berfikir dan mencari jalan penyelesaian terhadap satu – satu masalah. Didalam bilik darjah, pengunduran diri adalah nyata apabila seseorang pelajar tidakberupaya menjawab soalan guru. Selain itu, pelajar – pelajar yang tidakmempunyai kemahiran dalam apa sahaja permainan biasanya akan mengundur diri apabila guru memilih pemain – pemain bagi satu permainan

xi.            Tingkah Laku Murung
Kemurungan merujuk kepada satu – satu keadaan yang amat sedih. Iaboleh dialami oleh sesiapa sahaja. Pelajar yang mengalami kemurungan tidakberupaya berfungsi dengan baik di dalam bilik darjah dan sentiasa termenungdan berkhayal

xii.           Hiperaktif 
Hiperaktif merujuk kepada keadaan seseorang individu yang terlampauaktif berbanding keadaan yang biasa. Ciri-ciri murid hiperaktif ialah tidak bolehduduk diam, selalu gelisah, suka merungut, kelakuan sukar diramal, mudahmelenting dan tindak balas berlebihan. Punca hiperaktif ialah kecederaan otak,pemakanan dan baka. Kesan hiperaktif ialah kendiri yang rendah, tidak dapatbelajar secara optimum, sosial yang rendah, kesabaran yang rendah dan selalukeseorangan




PUNCA SALAH LAKU
Tingkah laku yang ditunjukkan oleh kanak-kanak berpunca daripada faktor-faktor tertentu. Guru perlu memahami faktor-faktor yang menjadi punca masalah tingkah laku muridnya supaya menjadi panduan dalam merangka program pengurusan tingkah laku bagi murid tersebut. Roger Stancliffe (tidak bertarikh) telah menyenaraikan 9 faktor yang dikaitkan dengan masalah tingkah laku kanak-kanak.

i. persekitaran
ii. tekanan psikologikal
iii. ketakutan dan fobia
iv. peneguhan yang kurang sesuai
v. kemahiran komunikasi dan sosial yang terhad
vi. kesukaran tugasan
vii. aktiviti dan tahap rangsangan
viii. kesihatan dan perubatan
ix. jangkaan tingkah laku

Faktor persekitaran
Sesetengah kanak-kanak sangat sensitif terhadap persekitaran seperti bunyi bising, sejuk, panas, dan lain-lain. Perubahan tingkah laku akan ditunjukkan terutamanya bagi kanak-kanak yang mengalami kecacatan teruk, autisme, dan lain-lain.

Tekanan psikologi
Individu yang mengalami masalah tingkah laku obsesif dan tingkah laku yang sudah menjadi tabiatnya akan berasa senang dengan tingkah laku tersebut. Mereka akan berasa tertekan apabila kebiasaan tingkah laku itu diganggu atau dihalang.

Ketakutan dan fobia
Fobia adalah ketakutan yang keterlaluan terhadap sesuatu. Fobia termasuk juga takut terhadap sesuatu yang berbahaya seperti ular atau ketinggian yang melebihi tahap bahaya sebenar perkara tersebut. Ketakutan ini boleh menyebabkan bahaya kepada individu tersebut seperti berlari melintas jalan raya kerana takutkan anjing.

Peneguhan yang kurang sesuai
Tingkah laku bermasalah ada kalanya dikukuhkan secara tidak sengaja. Tindak balas semula jadi kita secara serta merta terhadap tingkah laku tertentu ada kalanya menjadikan tingkah laku itu lebih teruk. Sebagai contoh, seorang kanak-kanak yang enggan makan ubat akan dipujuk serta dijanjikan dengan beberapa ganjaran oleh ibu dan bapanya. Oleh itu, kanak-kanak itu akan sengaja enggan makan ubat kerana mahukan perhatian daripada ibu bapanya.

 
Kemahiran komunikasi dan sosial yang terhad
Terdapat bukti yang jelas menunjukkan bahawa kadar tingkah laku bermasalah yang tinggi di kalangan kanak-kanak yang kurang berkomunikasi berbanding kanak-kanak yang boleh berkomunikasi dengan baik.

Kesukaran tugasan
Kesukaran tugasan boleh menyebabkan kanak-kanak melakukan kesilapan dan mengalami kegagalan. Keadaan kekecewaan ini berkait rapat dengan masalah tingkah laku yang mereka tunjukkan.

Aktiviti dan tahap rangsangan
Kekurangan aktiviti yang membina akan menyebabkan berlakunya masalah tingkah laku. Sebagai contoh, guru bukan hanya setakat memberi mainan atau buku kepada muridnya tetapi perlu mengajar murid tersebut kemahiran yang perlu untuk melakukan aktiviti tersebut.

Kesihatan dan perubatan
Kesakitan atau keadaan tertekan yang berkaitan dengan keadaan kesihatan tertentu boleh menyebabkan rasa kurang selesa dan boleh menyebabkannya berkelakuan kurang sesuai.

Jangkaan tingkah laku
Ada kalanya ibu bapa atau guru menjadi letih dengan tingkah laku kanak-kanak-kanak dan membiarkannya berkelakuan sedemikian dengan anggapan bahawa tingkah laku itu akan hilang dengan sendirinya. Jangkaan terhadap tingkah laku kanak-kanak tersebut adalah rendah daripada yang sepatutnya. Sebenarnya mereka ini terperangkap dengan anggapan bahawa itulah sifat kanak-kanak tersebut dan tidak boleh diubah lagi (the way he/she is).

CARA-CARA MENGENAL PASTI MURID YANG BERMASALAH TINGKAH LAKU

Teknik Jenis Ujian Psikologi
1.         Ujian Pencapaian Akademik
~Ujian sumatif dan penilaian formatif sekolah termasuk UPSR, PMR, SPM danSTPM

2.         Ujian Kecerdasan
~Mengukur darjah kecerdasan pelajar (IQ) yang disarankan oleh Terman dan Binet

3.         Ujian Kecendungan Bakat
~Ujian Aptitude Differentiate (DAT)

4.         Ujian Minat
~ Menilai minat pelajar terhadap sesuatu aktiviti atau kerjaya

5.         Ujian Personaliti
~ Mengkaji aspek bukan kognitif seperti aspek efekti,motivasi, emosi dan sikapseseorng pelajar 
~Mendapat maklumat hal peribadi serta nilai dan sikap pelajar 

6.         Ujian Saringan
~ Mengasingkan pelajar-pelajar yang cerdas dengan kurang cerdas

7.         Ujian Diagnostik
~ Mengesan punca kelemahan atau masalah penguasaan kemahiranpembelajaran pelajar 

8.         Ujian Aptitud Khas
~Ujian Aptitud Mekanikal, Ujian Aptitud Mekanikal, Ujian Aptitud Seni atau Muzik
~Mengukur potensi pelajar dalam bidang tertentu


Teknik Jenis Bukan Ujian
(i)         Pemerhatian
Mengenal pasti ciri-ciri perkembangan pelajar daripada bidang efektif dan psikomotor khasnya bagi mata pelajaran Agama Islam, Pendidikan Muzikdan Pendidikan Jasmani
Tempat: Di dalam dan luar bilik darjah
Cara Merekod:
1.senarai semak ± darjah pencapaian tingkah laku
2.skala kadar ±5mata,(1)amat buruk, (2) buruk, (3) sederhana, (4) baik, (5)terbaik

(ii)        Temu bual
Soalan selidik melalui teknik temu bual
Mendapatkan maklumat dan butir-butir pelajar 
Teknik menjalankan temu bual:
Tentukan tujuan dan objektif temu bual
Tentukan bidang maklumat yang hendak diperolehi
Tentukan soalan-soalan yang bertulis yang hendak dikemukakan semasa temubual
Menyediakan tempat yang kondusif untuk temu bual
Bermula dengan soalan yang menyenangkan dan menimbulkan rasakeyakinan pelajar 
Tentukan tujuan dan objektif temu bual
Tentukan bidang maklumat yang hendak diperolehi
Tentukan soalan-soalan yang bertulis yang hendak dikemukakan semasatemu bual
Menyediakan tempat yang kondusif untuk temu bual
Bermula dengan soalan yang menyenangkan dan menimbulkan rasakeyakinan pelajar 

Kajian Dokumen Teknik Jenis Kajian
1.         Kad Rekod Persekolahan Murid Sekolah
~ Mengetahui kemajuannya dalam bidang akademik dan kokurikulum darisetahun ke setahun, memahami sifat-sifat, minat, kesihatan dan latar belakangkeluarganya.
Butir-butir pelajar 
Buti-butir keluarga
Rekod kedatangan sekolah dan gerakerja kokurikulum
Keputusan ujian
Biasiswa, hadiah kewangan dan lain-lain anugerah
Sifat-sifat diri
Butir-butir pelajar
Buti-butir keluarga
Rekod kedatangan sekolah dan gerakerja kokurikulum
Keputusan ujian
Biasiswa, hadiah kewangan dan lain-lain anugerah
Sifat-sifat diri

2.         Rekod Anekdot
~ sejenis dokumen berbentuk laporan berdasarkan pemerhatian sesuatukejadian atau peristiwa seseorang pelajar oleh gurunya.
~ merekod tingkah laku atau personaliti pelajar yang diperhatikan termasukkomen guru yang memerhatikannya.


PENGURUSAN TINGKAH LAKU BERMASALAH

1.         Mengurangkan kebimbingan murid-murid
- memberikan galakan dan pujian kepada murid-murid supaya dapat membina keyakinan diri dan dorongan yang positif.
- membantu murid-murid membina sikap dan personaliti yang positif terhadap cabaran.
- elakkan daripada membandingkan murid-murid yang lebih dengan murid-murid yang tidak lemah.
- menggalakkan aktiviti dalam kumpulan bagi membina semangat kerjasama antara rakan sebaya.

2.         Belajar Sambil Bermain.
Ia adalah satu teknik dan kaedah mengajar yang memberi peluangkepada murid-murid untuk melakukan aktiviti berpura-pura di bawah keadaan
terkawal. Secara tidak langsung murid berminat untuk belajar bersama-samatanpa menganggu murid yang lain.

3.         Main Peranan
Ia merupakan satu lakonan oleh sekumpulan murid di hadapan kelastanpa mempunyai skrip. Murid ini perlu diarahkan menjadi pelakon. Sudah tentumereka akan rasa seronok diberi peluang untuk beraksi di hadapan murid -murid lain.

4.         Kaedah dan Teknik Pemudahcaraan
Teknik ini menumpukan kepada kemahiran guru sendiri untukmemotivasikan murid-murid, membimbing menggalakan mereka aktif dalamproses pembelajaran tanpa sebarang gangguan atau hentian. Teknik Penyoalanperlu dilakukan terutamanya di dalam set induksi.

5.         Tunjuk Cara (Demonstrasi)
Guru mesti menggunakan teknik pengajaran dan pembelajaran yangmelibatkan demonstrasi di hadapan murid.

6.         Peneguhan Positif 
Peneguhan positif ialah satu proses di mana guru akan cuba mengawaltingkah laku murid dengan motivasi, hadiah, ganjaran, dan sentuhan serta kata-kata perangsang yang dapat membaiki, mengubah tingkah laku murid-muridnya

7.         Peneguhan Negatif 
Jika teknik peneguhan positif tidak berkesan, maka guru perlumenggunakan peneguhan negatif untuk mengawal tingkah laku murid sepertidenda, memarahi murid, atau menyuruh mereka menjalani ‘time out’. Peneguhannegatif ialah stimuli yang dipindahkan atau dihapuskan dengan tujuanmenguatkan tingkah laku positif supaya ia dapat diteruskan.

No comments:

Post a Comment