Monday 23 December 2013

Soalan Bab 3: Pembentukan Personaliti dan Konsep Kendiri



SOALAN-SOALAN BAB 3 : PEMBENTUKAN PERSONALITI DAN KONSEP KENDIRI.
1.       
      Huraikan 4 cara bagaimana seorang guru dapat mempertingkatkan konsep kendiri murid-muridnya dalam proses P&P ?
Empat cara bagaimana seorang guru dapat meningkatkan konsep kendiri murid-muridnya dalam proses P&P ialah seperti berikut :
a)      Menggalakkan Interaksi Kanak-kanak & ibubapa yang positif
Kajian-kajian dlm bidang ini mendapati bahawa tahap pemantauan dan perhubungan ibu bapa dgn anak mempunyai hubungan yg signifikan atas konsep kendiri kanak-kanak.  Sekiranya system kawalan social iaitu pemantauan ibu bapa lemah, murid cenderung melakukan tingkah laku spt keganasan dan kesalahan ringan spt menipu & ponteng sekolah.  Ibu bapa yg kerap memantau & menjalinkan hubungan yg baik dengan anak secara tidak langsung akan memupuk konsep kendiri yg tinggi di kalangan murid-murid tersebut.
Oleh itu guru mesti memainkan peranannya utk menggalakkan interaksi kanak-kanak dan ibubapa yg positif dgn meningkatkan lagi tahap penglibatan ibu bapa dlm kegiatan & aktiviti sekolah.
Guru boleh berbuat demikian dengan menganjurkan aktiviti seperti Malam Ibu Bapa atau meminta ibu bapa utk memberikan sumbangan secara langsung dlm aktiviti-aktiviti P&P di sekolah.
b)      Menggalakkan murid untuk menggunakan Penyataan-Penyataan Kendiri Yg Positif.
Guru-guru harus menggalakkan muridnya utk sentiasa menggunakan pernyataan kendiri yg positif seperti;
                                            i.            Saya suka diri saya sendiri
                                          ii.            Saya bangga dgn tingkah laku saya
                                        iii.            Saya suka tulisan saya
Dengan penggunaan pernyataan seperti ini, murid dapat meningkatkan konsep kendiri & tingkah lakunya di sekolah.
Guru juga boleh menggalakkan muridnya utk menulis sbuah buku yg bertajuk, “saya suka diri saya” dan mengepilkan pernyataan di dalam buku tersebut.
Projek seperti ini akan membangkitkan motivasi intrinsic & meningkatkan konsep kendiri murid kerana mereka akan rasa seronok menyediakan buku menegenai diri mereka sendiri.
c)      Mengambil kira faktor bahawa setiap murid adalah unik & berbeza
Guru mesti menghormati integrity setiap kanak-kanak & menerima kenyataan bahawa setiap muridnya adalah berbeza dan unik.  Guru perlu menyediakan satu iklim bilik darjah kondusif utk muridnya serta menerima perbezaan yg wujud dlm persekitaran mereka.
Guru juga tidak boleh mengharapkan pencapaian setiap murid utk menjadi sama.  Utk meningkatkan konsep kendiri muridnya, guru mesti memberikan peluang kpd setiap murid utk membina personality kendiri, serta melafazkan perasaan & pemikiran mereka dalam persekitaran yg bebas dan selesa.  Semua murid juga harus diberikan peluang yg sama utk mengembangkan potensi mereka kpd tahap yg optima.
d)      Membina imej Kendiri yg sihat
Guru mesti mengajar murid utk membina 1 imej kendiri yg positif serta mempunyai 1 identiti kendiri yg sihat.  Guru juga boleh menolong menenamkan konsep kendiri yg tinggi dikalangan muridnya dgn mengajar mereka utk menjadi lebih berdikari dgn mendedahkan mereka kpd kemahiran belajar & kemahiran ekspresi kendiri.
Murid juga mesti diajar supaya tidak takut utk melafazkan semua perasaan dan idea mereka. 
Sebagai rumusan, murid mesti mempunyai konsep kendiri yg tinggi utk menikmati proses P&P.  Dgn memiliki satu konsep kendiri yg tinggi, muid boleh mendapat keyakinan yg tinggi utk melibatkan diri dlm tugasan sekolah yg mencabar & mempercayai diri sendiri utk memperolehi pencapaian akademik yg tinggi.

BAB 4 : PEMIKIRAN DAN GAYA PEMBELAJARAN
1.      Nyatakan empat (4) cirri penting dalam pemikiran kreatif
        i.            Kepelbagaian idea
Seorang individu mempunyai kebolehan utk menjanakan banyak idea apabila berhadapan dengan satu masalah yg khusus.  Keunikan individu yg mengamalkan pemikiran ini ialah ia mempunyai kebolehan utk melihat sesuatu masalah drp pelbagai aspek.
Individu spt ini sangat berguna dlm sesuatu organisasi kerana ia dapat menyelesaikan banyak isu & permasalahan dgn pemikiran kreatifnya.  Pemikiran ini juga berguna dlm mata pelajaran Matematik dan Sains di mana seorang dapat mengemukakan alternative kreatif apabila membuat soalan penyelesaian masalah.
           
ii)         Fleksibiliti
Seorang yang mengamalkan pemikiran kreatif mempunyai fleksibiliti dlm pemikirannya kerana ia cepat memikirkan alternative bagi satu penyelesaian masalah.  Utk individu-individu ini, tiada masalah yg terlalu berat baginya kerana ia dapat melihat pelbagai kemungkinan penyelesaian masalah yg tidak dapat di lihat oleh org lain.
iii)        Keaslian
Dalam pemikiran kreatif, seorang itu dapat menggunakan idea yg tersendiri & tidak mungkin akan menerima idea org lain.  Idea yg digunakan oleh individu utk menyelesaikan masalah asli &  tidak dapat difikirkan oleh org lain.  Tetapi kadang-kadang, individu ini terpaksa menerima idea org lain khasnya apabila mereka tidak dapat menyelesaikan masalah yg diberikan.
iv)        Perincian dan “visualization”
Seseorang yg mempunyai kemahiran kreativiti yg tinggi juga mempunyai kebolehan visualization (berimaginasi secara membuat gambaran) yg tinggi di mana ia dapt mengambarkan sesuatu penyelesaian masalah dengan cepat & tangkas.  Ia juga mempunyai kebolehan utk melihat secara terperinci  semua aspek yg terlibat dlm sesuatu permasalahan.
2)         Terangkan beberapa cara untuk meningkatkan pemikiran reflektif dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam bilik darjah.
            Pemikiran reflektif ialah sejenis pemikiran yg penting dlm proses P&P dlm bilik darjah.  Seseorang guru dapat meningkatkan pemikiran reflektif murid dlm proses P&P.  beberapa cara yg boleh digunakan oleh guru utk meningkatkan lagi pemikiran ini dihuraikan spt berikut:
i)                    Guru perlu merancang aktiviti, kaedah serta teknik pengajaran yg dapat menyebabkan murid terlibat dlm aktiviti pemikiran reflektif spt sumbangsaran, membuat perbandingan, menganalisa, mengkategori dsb.
ii)                  Guru perlu mengamalkan aktiviti P&P yg berfokus kpd penggunaan KBKK (kemahiran belajar secara kreatif & kritis) dlm proses P&P.
iii)                Murid juga mesti diberi pendedahan melalui taklimat/seminar mengenai cara membuat refleksi dlm pelbagai bentuk spt portfolio, jurnal. Diari, buku log dsb.


3)         Terangkan beberapa cara seorang guru dapat meningkatkan daya berfikir di kalangan murid-muridnya.
            Guru perlu menerapkan kemahiran befikir secara kritis & kreatif did lm objektif pengajaran serta dlm langkah-langkah pengajarannya.  Guru perlu secara sedar menerapkan kemahiran berfikir dlm pengajarannya dikalangan murid-muridnya drp peringkat pra-sekolah, sekolah rendah sampailah ke sekolah menengah.
            Guru perlu mengaplikasikan Taksonomi Bloom dlm aras penyoalan dlm bilik darjah.  Peringkat aras penyoalan dlm Taksonomi Bloom ialah drp peringkat kefahaman sehingga peringkat sintesis.  Penyoalan guru harus bermula dgn pemeringkatan soalan yg senang kpd yg sukar.
            Soalan yg lebih sukar harus diformulasikan utk murid yg lebih pandai supaya mereka dapat mengaplikasikan kemahiran berfikir secara kritis dlm kerja rumah & tugasan harian mereka.
            Guru juga perlu menggunakan sumber P&P yg pelbagai seperti perisian computer spt Thinkquest atau aktiviti matematik ‘mental’ supaya murid dapat mengamalkan pemikran kreatif.
            Guru juga dapat menggalakkan murid utk melakukan aktiviti P&P pemikiran reflektif spt menilai keputusan peperiksaan mereka yg lepas & membuat pertimbangan serta penilaian tentang prestasi pencapaian mereka.
            Guru mesti memastikan yg dia menanda semua catatan refleksi dlm jurnal dan portfolio murid dan memberikan peneguhan yg positif apabila mereka dapat membuat satu penulisan yg baik.  Guru juga mesti memberikan komen positif yg agak terperinci supaya murid lebih bermotivasi utk membuat penulisan reflektif mereka.
            Peranan guru yg sangat penting ialah memberikan soalan penyelesian masalah yg kompleks & rumit utk mencabar minda murid utk meningkatkan lagi pemikiran kritis & kreatif.  Guru harus menggunakan kaedah ‘probing’ utk memberikan latihan mental yg tinggi kpd murid-murid mereka.
            Satu lagi cara b/mana guru boleh menggalakkan muridnya berfikir secara kritis & kreatif ialah melalui kaedah projek dimana mereka digalakkan utk mencari maklumat & menyelesaikan permasalahan yg di hadapi.


4.         Berikan lima (5) ciri-ciri pemikiran
a)         Berlaku dalam minda individu
b)         Berlaku kerana kewujudan ransangan, semasa ragu dan semasa menghadapi masalah.
            c)         Berfungsi sebagai satu proses yang mengikut prosedur.
d)         Aktiviti kognitif yg berlaku ke atas ransangan yg di terima dgn pengalaman sedia ada.
e)         Mentafsir ransangan dgn membuat pertimbangan, keputusan & refleksi yg rasional atau menyelesaikan masalah yg di hadapi.

5.         Nyatakan lima (5) ciri-ciri pemikiran reflektif
a)         Perkaitan sesuatu idea dgn pengalaman sedia ada murid.
b)         Mengemukakan soalan-soalan kendiri.
c)         Mengusulkan hipotesis & andaian.
d)         Mengemukan pelbagai kemungkinan penyelesian yg wajar.
e)         Menilai kemungkinan penyelesaian secara kritis & kreatif

6.         Nyatakan empat (4) perbezaan yg terdapt antara pemikiran menegak dan pemikiran mendatar.
a)         Pemikiran menegak bersifat analitik manakala pemikiran mendatar bersifat inkuari.
b)         Pemikiran menegak mencari jawapan logic manakala pemikiran mendatar mencari pelbagai kemungkinan penyelesian yg unik.
c)         Pemikiran menegak mengikut satu urutan langkah yg sistematik manakala pemikiran mendatar tidak perlu membuat urutan ini.
d)         Dalam pemikiran menegak, kategori, klasifikasi dan lebel ditetapkan, tetapi dalam pemikiran mendatar aspek ini tidak di titikberatkan.


CONTOH SOALAN GAYA PEMBELAJARAN
1.      Berikan tiga contoh stimuli yang terdapat dalam setiap elemen Model Dunn & Dunn

Bil        Elemen                                    Stimuli
1.      Persekitaran                      bunyi, suhu dan lampu
2.      Emosi                                motivasi, t/jawab, struktur
3.      Sosiologi                            kendiri, berpasangan, pasukan
4.      Fizikal                                masa, mobility,persepsi
5.      Psikologi                            global, analitik, impulsive, reflektif

2.      Huraikan ciri-ciri penting yg terdapat dalam empat kategori gaya pembelajaran yg telah di kemukakan oleh Honey dan Mumford (986).
Honey dan Mumford telah mengemukakan teori gaya pembelajaran di mana mereka telah membahagikan gaya pembelajaran murid-murid kepada 4 jenis iaitu aktivis, reflektor, teoris dan pragmatik.
a)      Aktivis

Murid-murid yg mempunyai gaya pembelajaran aktivis suka perkara baru & sentiasa berfikiran terbuka.  Mereka suka melibatkan diri dlm aktiviti perbincangan & juga dlm sumbangsaran / sesi buzz.  Murid yg terdapat dlm kumpulan ini suka mencari pengalaman baru & mempunyai motivasi instrinsik yg tinggi dlm mencari pengalaman baru.

b)      Reflektor
Murid yg mempunyai gaya pembelajaran reflector lebih gemar mengumpul data.  Mereka suka membuat pemikiran analitikal.  Mereka juga lebih gemar menganalisa data & meneliti jadual, carta & graf.  Mereka juga mengambil masa yg lama untuk membuat sesuatu kesimpulan.
c)      Teoris

Murid yg mempunyai gaya pembelajaran teoris lebih bersifat objektif & memerlukan data & bukti yg kukuh sebelum dapat membuat satu rumusan / generalisasi.  Mereka juga gemar membuat rumusan berasaskan bukti, analisa data & logik.

d)      Pragmatik

Murid-murid yg mempunyai gaya pembelajaran pragmatic suka mencuba idea, teori atau teknik baru.  Murid-murid yg mempunyai gaya pembelajaran ini akan memastikan samada sesuatu teori itu berguna dan boleh dipraktikkan dalam situasi sebenar atau tidak.
SOALAN : BIMBINGAN DALAM PENDIDIKAN

1.      HURAIKAN CARA-CARA GURU BIASA BOLEH MEMBANTU MURID-MURID DALAM PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING.

Guru biasa mesti dapat mengenal pasti murid yang mengalami masalah dari segi pembelajaran, sosio-emosi, kesihatan dan kecacatan.
Guru biasa juga mesti menghubungi ibubapa nurid jika perlu utk membincangkan masalah yg dihadapi oleh murid tersebut.  Langkah ini juga dapat mewujudkan hubungan yg mesra & professional diantara guru dengan ibu bapa.
Guru biasa juga mesti menyimpan rekod pelajar iaitu kad himpunan 001 & 002.  Kad-kad tersebut dapat member maklumat tentang latar belakang murid, keluarga, kesihatan, pencapaian akademik dsb.
Selain drp itu, guru biasa juga mesti mengelolakan program orientasi murid yg baru di sekolah rendah & menengah dgn tujuan membantu murid ini menyesuaikan diri dgn persekitaran baru mereka.
Guru biasa juga boleh mengelolakan ceramah yg membincangkan masalah kini yg dihadapi oleh remaja spt merokok, penyalahgunaan dadah & vandalism.
Guru biasa mesti memberikan perhatian yg mendalam kpd muridnya.  Layanan individu hendaklah diberi kepada murid yg amat lemah & yg mempunyai tingkah laku bermasalah.  Layanan spt ini dapat meningkatkan keyakinan & harapan murid berkenaan.
Guru biasa juga mesti mempelbagaikan jenis penilaian yg hendak diberikan kpd muridnya.  Contohnya, bagi murid yg cerdas & sederhana, ujian rujukan norma adalah sesuai kerana ia menggalakkan petandingan di kalangan murid.  Sebaliknya, bagi murid yg lemah, ujian rujukan kreteria adalah lebih sesuai.
Guru biasa juga perlu mengesan masalah atau keadaan yg tidak memuaskan yg boleh menjejaskan pencapaian akademik murid, disamping mengembangkan peribadi & sosial dgn memberikan bimbingan yg sejajar.
Guru biasa juga harus menolong muridnya membentuk tabiat kerja yg baik & menghargai semua tugasan yg diamanahkan kepadanya.  Ini bermakna guru biasa juga harus membantu murid melaksanakan semua kerja yg diamanahkan kepadanya dengan sempurna.
Akhir sekali, guru biasa haruslah bekerjasama dgn ibubapa dlm hal perkembangan murid khasnya dlm bidang kurikulum & ko-kurikulum.


SOALAN STRUKTUR

1.     APAKAH TINDAKAN-TINDAKAN YANG BOLEH DIAMBIL OLEH GURU BIMBINGAN & KAUNSELING UNTUK MENGATASI MASALAH TINGKAH LAKU MURID-MURIDNYA?
Antara tindakan-tindakan yang boleh diambil untuk membantu guru bimbingan & kaunseling mengatasi masalah tingkah laku murid-muridnya ialah :
a)      Mengenal pasti punca masalah & menolong murid mengatasi masalah mereka.
b)      Menghubungi ibubapa murid utk mendapatkan kerjasama bagi menyelesaikan masalah tersebut.
c)      Membuat lawatan ke rumah murid utk memahami masalah mereka.
d)      Berusaha utk mewujudkan hubungan yg baik gn murid tersebut melalui interaksi yg mesra & dgn memberikan lebih perhatian kpd mereka.
e)      Memotivasikan murid tersebut dgn tujuan memupuk minat mereka dlm pelajaran.
f)       Menasihatkan murid bermasalah supaya tidak terlibat dgn kegiatan najis dadah / kumpulan risiko tinggi spt kumpulan gang, pemeras ugut dsb.

2.     NYATAKAN EMPAT PRINSIP ASAS SEMULAJADI MANUSIA YANG BOLEH DIAPLIKASIKAN DALAM KHIDMAT KAUNSELING.
Empat prinsip asas yang boleh diaplikasikan ialah :

a)      Manusia mempunyai harga diri.
b)      Manusia itu unik.
c)      Manusia cenderung kea rah kesempurnaan
d)      Manusia berkembang dalam proses sosialisasi.

3.     SENARAIKAN LIMA ETIKA KAUNSELING

a)      Tanggung jawab
b)      Kecekapan
c)      Kenyataan awam iaitu menjaga kebajikan pengguna klien
d)      Kerahsiaan
e)      Standard moral yang tinggi


SOALAN : PENGURUSAN DAN PERKEMBANGAN KURIKULUM

SOALAN STRUKTUR:

1.     NYATAKAN EMPAT CARA KURIKULUM TERSEMBUNYI MEMPENGARUHI KURIKULUM FORMAL.

Empat cara kurikulum tersembunyi mempengaruhi kurikulum formal ialah :
a)      Murid dapat pengalaman pembelajaran yang tidak dirancang oleh guru.
b)      Pengalaman murid boleh menjadi pengetahuan sedia ada yang boleh membantu guru mengajar.
c)      Melatih murid berfikir melalui model yang ditunjukkan oleh guru & interaksi dalam kelas.
d)      Melatih murid membina kemahiran social melalui pengalaman sendiri

2.     NAYATAKAN LIMA PERKARA YANG BOLEH DIPERHATIKAN OLEH GURU SEMASA MELAKSANAKAN KURIKULUM DALAM BILIK DARJAH.

a)      Menentukan pengetahuan serta kemahiran yang diperlukan.
b)      Merancang strategi pelaksanaan yang hendak digunakan bagi menjamin pencapaian objektif mata pelajaran.
c)      Menentukan bahan-bahan P&P serta kaedah & teknik pengajaran.
d)      Penilaian terhadap pencapaian objektif P&P
e)      Persekitaran, minat serta latar belakang murid.







SOALAN ESEI
1.     HURAIKAN LIMA CIRI KURIKULUM YANG BAIK.
Lima cirri kurikulum yang baik ialah :
a)      Mempunyai skop yang luas :  kurikulum harus mendedahkan murid kepada pengetahuan, kefahaman dan kemahiran-kemahiran yang baru.
b)      Seimbang  :  setiap bahagian kurikulum perlu di berikan masa yang secukupnya untuk memberikan hasil pembelajaran tetapi ia tidak boleh menghalang pembelajaran yang lain.
c)      Bersesuaian  :  murid harus diajar supaya mengaitkan pengalaman kendiri kepada kurikulum & focus diberikan hanya kepada pengalaman praktikal & nyata.
d)      Memenuhi keperluan Individu yang berlainan :  guru mesti memastikan aya yang diajar dan bagaimana ia diajar mesti dipadankan kepada kebolehan dan sikap murid.  Kurikulum juga mesti disesuaikan kepada kebolehan murid supaya murid boleh menunjukkan kemajuan.
e)      Aspek-aspek yang pelbagai  :  sebuah kurikulum yang baik harus mengajar murid aspek-aspek yang pelbagai dalam kehidupan seperti pendidikan social , pencemaran, pendidikan kerjaya, teknologi maklumat dan komunikasi.

SOALAN : GURU SEBAGAI SATU PROFESION
SOALAN STRUKTUR:
1.     JELASKAN ENAM CARA GURU DAPAT MENGUBAH PANDANGAN MASYARAKAT TERHADAP SEKOLAH DALAM KONTEKS AKAUNTABILITI PROFESION INI.
Enam cara guru dapat mengubah pandangan masyarakat terhadap sekolah dalam konteks akauntabiliti profesion ini ialah seperti berikut:
a)      Berperanan sebagai ibu bapa kepada murid.
b)      Bertindak secara adil & saksama dlm interaksi dan layanan terhadap murid.
c)      Menampilkan cirri-ciri personality yg sesuai terhadap masyarakat sekeliling.
d)      Mengemaskinikan ilmu & kemahiran dalam bidang pengkhususan demi meningkatkan prestasi & kemajuan murid.
e)      Menunjukkan teladan yang baik sepanjang masa persekolahan.
f)       Mendidik murid sebagai individu tanpa mengambil kira status, latar belakang dan bangsa.

2.     NYATAKAN BEBERAPA SIFAT DAN KUALITI PERIBADI GURU SEBAGAI SEORANG PROFESIONAL.
Sebagai seorang professional, seorang guru perlu mempunyai cirri-ciri yang berikut:
a)      Baik hati.
b)      Mempunyai unsure kecindan
c)      Sabar
d)      Bertanggungjawab
e)      Keyakinan
f)       Kepimpinan yang tinggi
g)      Ingin tahu
h)      Pengetahuan ikhtisas
i)        Suka membaca
j)        Kemahiran berkomunikasi yang tinggi
k)      Daya ingatan tinggi
l)        Daya usaha tinggi

3.     NYATAKAN LIMA CIRI AKAUNTABILITI GURU TERHADAP NEGARA
Lima cirri-ciri akauntabiliti guru terhadap Negara ialah seperti berikut:
a)      Guru perlu menyebarkan cita & hasrat falsafah pendidikan Negara &Rukun Negara.
b)      Guru juga perlu memupuk nilai & sikap yg murni dlm masyarakat.
c)      Guru perlu mengambil bahagian yang cergas dalam kegiatan-kegiatan masyarakat.
d)      Guru juga perlu mengeratkan persefahaman & bekerjasama dgn ikhlas dlm system persekolahan.
e)      Guru juga perlu memberikan sumbangan secara sukarela kepada masyarakat dan Negara.
4.     NAYATAKAN EMPAT CIRI AKAUNTABILITI GURU TERHADAP PROGRAM PENDIDIKAN
Empat ciri akauntabiliti guru terhadap program pendidikan ialah :
a)      Seorang guru perlu membaca secara meluas buku yg berkaitan dgn mata pelajaran yg diajar.
b)      Guru juga perlu mempunyai kepakaran & pengetahuan yg luas dengan subjek pengkhususan.
c)      Guru juga perlu mengajar dgn menggunakan fakta-fakta yang betul.
d)      Guru juga perlu sentiasa membuat peningkatan kendiri secara professional dgn menghadiri seminar & bengkel.

5.     NYATAKAN EMPAT CIRI AKAUNTABILITI GURU TERHADAP IBU BAPA
Empat ciri akauntabiliti guru terhadap ibu bapa ialah seperti berikut:
Setiap guru yg professional juga mempunyai tanggungjawab terhadap ibu bapa seperti yg berikut:
a)      Menghormati tanggungjawab terhadap anak-anak.
b)      Semua maklumat yg diberikan oleh ibu bapa adalah sulit dan digunakan dengan teliti dan bijaksana oleh guru.
c)      Guru tidak dipengaruhi oleh kedudukan sosio-ekonomi ibu bapa.
d)      Guru tidak menjejaskan perhubungan ibu bapa dan guru.

6.     NYATAKAN TIGA CIRI AKAUNTABILITI GURU TERHADAP RAKAN SEJAWAT

a)      Setiap orang guru perlu memastikan bahawa ia menunjukkan akauntabiliti terhadap rakan sejawatnya & profesion keguruan.
b)      Dia perlu membuat perkara-perkara berikut:
i)                    Tidak mencemarkan nama baik rakan sejawat.
ii)                  Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan imej & reputasi rakan sejawat.
c)      Membantu rakan sejawat secara professional dalam semua tugas yang diamanahkan kepadanya.

SOALAN ESEI:
1.      PERANAN GURU SEBAGAI SEORANG PROFESIONAL SEMAKIN MENCABAR.  BINCANGKAN EMPAT CARA MENINGKATKAN KEMBALI TERHADAP PROFESIONALISMENYA.

Peranan guru menjadi semakin penting, lebih-lebih lagi dlm era globalisasi yang memang banyak diperkatakan sekarang.  Tanggungjawab guru kini bukan lagi terhad seperti dulu tetapi sudah bertambah.  Ini merupakan satu cabaran  baru kepada guru bagi menentukan bahawa dalam zaman ledakan maklumat, murid sekolah tidak ketinggalan.  Justeru itu, guru perlu menimba lebih banyak ilmu pengetahuan melalui penggunaan teknologi maklumat dan kaedah pengajaran terkini.
Sehubungan itu, semua guru perlu berusaha dan bekerja lebih keras utk memahirkan diri dgn perkembangan semasa.  Martabat profesion keguruan memang boleh dinaikkan oleh guru sendiri dengan mengikuti cara-cara yg berikut :
a)      Memahami dan melaksanakan etika keguruan
Guru perlu mencintai profesion keguruan itu sendiri, yakni mereka bukan bekerja utk tujuan sara hidup semata-mata.  Mereka harus cinta dan bertanggungjawab terhadap kerjaya mulia sebagai pendidik.  Martabat profesion itu harus dilihat bukan sahaja dari segi pendapatan tetapi juga dari  segi peranan dan sumbangannya.
Masyarakat dahulu memandang profesion keguruan sebagai suatu yang bermartabat tinggi serta mulia.  Oleh itu, guru mesti memastikan bahawa masyarakat sekarang juga masih menganggapnya sebagai suatu profesion yang mulia.  Guru perlu memahami dan melaksana kan semua aspek etika keguruan supaya mereka masih dihormati oleh masyarakat.
b)     Mempunyai sikap ingin belajar sepanjang hayat.
Usaha belajar sepanjang hayat adalah suatu perkara yg amat penting utk diri guru, memandangkan dunia berada dalam keadaan ledakan maklumat & pengetahuan berkembang berlipat ganda dlm tempoh yg singkat.  Lagi pun, guru mesti memastikan bahawa mereka sentiasa melengkapkan diri dengan ilmu terkini memandangkan yg mereka ini merupakan penyampai ilmu kepada pelajar.
Ini ialah kerana dengan mengikuti latihan ikhtisas selama beberapa tahun sahaja, tidak boleh menjamin bahawa guru sudah terlatih utk  selama-lamanya.  Sebaliknya, jika guru tidak mempunyai sikap utk belajar dan menambahkan ilmu pengetahuan selepas dilatih, guru itu akan ketinggalan & profesion keguruan mungkin akan kehilangan martabatnya.
c)      Mempunyai komitmen tinggi untuk memastikan yang murid-murid mendapat pendidikan berkualiti.
Satu cara guru boleh meningkatkan martabat profesion keguruan ialah melalui keputusan peperiksaan awam dimana masyarakat setempat membuat penilaian kpd pengajaran guru.  Sebagai contoh, dari segi pencapaian peperiksaan umum di kalangan murid, keputusannya harus meningkat dari setahun ke setahun.  Dari aspek kemudahan pula, pihak sekolah sentiasa berusaha utk menyediakan infrastruktur yg bermutu tinggi.  Justeru itu, untuk meningkatkan martabat profesion ini, guru mesti selalu menyediakan pendidikan yang berkualiti selain drp menyediakan murid-murid cemerlang dalam peperiksaan awam.
d)     Menerima latihan dalam perkembangan-perkembangan terkini dalam dunia pendidikan
Untuk meningkatkan lagi martabat profesion keguruan, guru-guru harus diberikan lebih banyak pendedahan kepada perkembangan-perkembangan terkini dalam dunia pendidikan melalui latihan, supaya matlamat ini dapat disampaikan kepada lebih ramai guru.  Ini ialah kerana tanggungjawab sebagai seorang guru adalah kompleks, iaitu mereka bukan sahaja perlu mempertingkatkan pencapaian akademik murid tetapi juga perlu menaikkan martabat profesion keguruan.
Bagi sesuatu yang kompleks seperti itu, adalah tidak cukup dengan satu atau dua orang sahaja melaksanakannya.  Justeru itu, semua guru memerlukan usaha secara berkumpulan ataupun bersepadu utk meningkatkan martabat pofesion keguruan dan juga utk mempertingkatkan kualiti pendidikan seluruh Negara.  Agensi-agensi yang berkaitan dengan pendidikan perlu  memainkan peranan mengikut bidang kuasa masing-masing bagi memastikan profesion keguruan terus dimuliakan dan dapat menyumbang sepenuhnya kepada pembangunan Negara dan kesejahteraan masyarakat Malaysia pada keseluruhannya.

SOALAN :  GURU DAN ALAM PENDIDIKAN                                       
SOALAN ESEI
1.      Terangkan empat peranan guru dalam mengendalikan kurikulum pengajaran di sekolah.
Empat peranan guru dalam mengendalikan kurikulum pengajaran di sekolah ialah seperti berikut :
a)      Guru sebagai pemimpin.
Guru yang mengamalkan sikap kepimpinan demokratik memainkan peranan sebagai pemudah cara dan pembimbing dalam aktiviti P&P.
Murid diberikan peluang berinteraksi secara dua hala sama ada dengan guru atau pun sesame mereka sendiri.  Murid-murid juga di benarkan untuk melibatkan diri secara aktif dalam proses P&P.
b)     Guru bersifat penyayang
Sifat guru yang penuh dengan kasih saying memberikan implikasi yang positif kepada perkembangan sosio-emosi murid-murid.
Guru harus bersifat penyayang, tidak cepat naik darah dan juga sangat bersabar.  Ini membawa kepada hubungan yang mesra dengan murid.  Murid-murid akan berasa seronok dan gembira semasa aktiviti P&P dijalankan.
c)      Guru sebagai Pemudahcara / Pembimbing
Guru boleh berperanan sebagai seorang fasilitator dalam bilik darjah.  Fungsi guru sebagai fasilitator boleh dilihat semasa aktiviti kumpulan dalam sesi P&P.
Dalam konteks ini, guru hanya memberikan arahan kepada murid dan bertindak sebagai pemerhati sahaja.  Sebagai pemudahcara, guru hanya memberikan tajuk perbincangan dan bertindak sebagai pemerhati dan pembimbing sepanjang sesi pengajaran.

d)     Guru sebagai Pembentuk nilai
Guru perlu berperanan sebagai ‘role model’ yang baik kepada murid dan menunjukkan nilai-nilai yang positif dalam pengajarannya.  Beliau juga mesti menjadi ikutan murid-murid.  Guru juga harus merancang strategi dan aktiviti pembelajaran di mana dia boleh membuat banyak aktiviti-aktiviti penerapan nilai.
2.      NYATAKAN LANGKAH-LANGKAH YANG TERDAPAT DALAM PENGAJARAN REFLEKTIF
Peringkat-peringkat dalam pengajaran reflektif ialah seperti berikut :
a)      Bila guru sudah mengenali masalah yang dihadapi, proses pengajaran reflektif sudah dikatakan bermula.
b)      Selepas itu, guru perlu membaca dan mentafsir maklumat-maklumat yang ada dalam pernyataan masalah kepada murid-murid.  Murid-murid juga mesti memahami masalah melalui pemikiran kognitif.
c)      Selepas itu, guru perlu membantu murid menentukan an menyusun maklumat, memproses dan menganalisis data dengan pemikiran kritis.
d)      Proses yang menyusuli ialah guru meminta murid mencari hubungan dan mengingat kembali perhubungan pengalaman-pengalaman yang sedia ada dengan penyelesaian masalah yang betul.
e)      Selepas itu, guru perlu meminta murid mencadang hipotesis dengan menggunakan pemikiran kritis dan kreatif.
f)       Selepas itu, guru juga perlu meminta murid membukti hipotesis dan mencari pelbagai kemungkinan penyelesaian.
g)      Langkah yang terakhir ialah guru harus menggalakkan murid untuk menggunakan pemikiran refleksi ( metakognisi) untuk membuat keputusan atau menetap tindakan susulan.

SOALAN :  KEMAHIRAN PROFESIONAL GURU
SOALAN ESEI
1.      TERANGKAN EMPAT CIRI-CIRI YANG GURU MESTI MEMPERTIMBANGKAN DALAM KEMAHIRAN PEMUDAHCARAAN.
Dalam kemahiran pemudahcaraan, guru seharusnya menyedari yang semua murid mampu belajar.  Dengan ini, guru mesti member peluang yang mencukupi untuk murid-muridnya  menguasai sesuatu hasil pembelajaran.
Guru berperanan sebagai pemimpin, pembimbing dan fasilitator pembelajaran.  Peranan guru sebagai pemudahcara boleh berubah-ubah mengikut kesesuaian dan aktiviti yang dirancang oleh guru.  Jika guru memilih untuk mengajar mengikut kaedah kelas misalnya, guru akan lebih berperanan sebagai pemimpin dan pengajar.  Jika guru mengajar secara kumpulan kecil atau murid memanfaatkan penggunaan teknologi maklumat maka peranan guru pula adalah lebih sebagai pemudahcara. 
Sebagai seorang pemudahcara, guru tidak boleh memberikan jawapan-jawapan secara langsung kepada murid-murid.  Guru hanya akan memberikan tajuk soalan serta mengemukakan soalan-soalan yang dapat menolong murid-murid untuk menyelesaikan maslah pembelajaran yang dihadapi.
Sebagai seorang pemudahcara, guru perlu banyak mengelolakan strategi pembelajaran secara koperatif dan kolaboratif yang menggunakan pendekatan pemusatan murid dan pemusatan bahan.  Sebagai pemudahcara yang berkesan, guru juga perlu memastikan yang penglibatan murid adalah pada tahap yang sangat tinggi dan mereka dapat memanipulasikan bahan-bahan yang diberikan oleh guru dengan sepenuhnya.


SOALAN :  PENINGKATAN PROFESIONAL KENDIRI
SOALAN ESEI
1.      HURAIKAN BEBERAPA CARA BAGAIMANA GURU MELENGKAPKAN DIRI UNTUK MENGHADAPI CABARAN-CABARAN MASA KINI UNTUK MENINGKATKAN LAGI STATUS PROFESIONALISME KEGURUAN.
Seorang guru mesti sentiasa berusaha untuk membuat peningkatan kendiri dengan menghadiri kursus jangka pendek dan jangka panjang, seminar, bengkel, wacana pendidikan, latihan dalaman, taklimat dan sebagainya.
Guru juga mesti peka terhadap segala perkembangan pendidikan daripelbagai segi.  Ini bermaksud guru perlu mengetahui perkembangan-perkembangan terkini dalam mata pelajaran yang diajar olehnya.  Selepas itu, guru perlu memastikan yang dia menghadiri kursus-kursus yang dapat mendedahkannya kepada ilmu pengetahuan yang baru itu.
Guru juga mesti bersifat penyayang terhadap murid, rakan sejawat, ketua jabatan, staf sokongan dan lain-lain.  Guru mesti sentiasa memberikan peneguhan positif kepada murid-muridnya serta menunjukkan mimic muka dan gerak badan yang melambangkan yang beliau mengambil berat tentang murid-muridnya.
Guru juga mesti menjalankan kajian dan penyelidikan untuk meningkatkan lagi keberkesanan P&P.  guru perlu membuat penyelidikan tindakan untuk menangani maslah-masalah yang berkaitan dengan amalan-amalan P&P di dalam bilik darjah.
Guru juga mesti mengamalkan budaya ilmu seperti membaca, berfikir, memerhati, berkarya dan bertukar fikiran serta sentiasa bersumbangsaran.  Guru mesti memastikan dia sentiasa menyebar ilmu yang terkini kepada murid-muridnya.
Selain daripada itu, guru perlu bersikap terbuka secara proaktif dan bersedia untuk menghadapi perubahan-perubahan terkini khususnya dalam bidang pendidikan.  Guru perlu memainkan peranan sebagai agen perubahan di mana di perlu mengaplikasikan kaedah-kaedah teknologi terkini dalam pengajaranya.
Dia juga perlu meningkatkan amalan-amalan nilai murid seperti bertanggung jawab terhadap tugas yang telah di amanahkan dan majadi seorang  ‘role model’  yang baik.  Ini ialah kerana satu peranan guru yang penting bukan sahaja untuk membuat penerapan nilai-nilai tetapi juga untuk menghayati kesemua nilai-nilai tersebut.

SOALAN : CABARAN PROFESION KEGURUAN
SOALAN ESEI
1.      SEBUTKAN LIMA JENIS IKLIM YANG HARUS WUJUD DALAM SEBUAH SEKOLAH UNTUKNYA MENCAPAI SEBUAH STATUS SEKOLAH BERKUALITI.

a)      Iklim yang mesra .  guru boleh mewujudkan suasana yang memudahkan persahabatan dengan bersifat adil.
b)      Iklim yang member galakan kepada murid untuk menyedari harapan guru dan guru besar serta berusaha untuk mencapainya.
c)      Iklim yang menggalakkan murid untuk memperkembangkan potensi mereka secara maksima.
d)      Iklim yang tidak menghukum / memupuk perkembangan sosio-emosi yang sihat bagi murid.  Murid-murid juga rela menerima dan mengikut peraturan-peraturan di sekolah.
e)      Iklim sekolah yang mempunyai kepimpinan demokratik.  Guru-guru dapat menjadi contoh kepada murid memupuk perkembangan sifat-sifat social yang positif serta kestabilan emosi murid-murid.

2.      HURAIKAN CIRI-CIRI YANG AKAN DITUNJUKKAN OLEH SEBUAH SEKOLAH BERKUALITI YANG TELAH MENJALANKAN REFORMASI SISTEM PERSEKOLAHAN MALAYSIAN SECARA SISTEMATIK.

a)      Budaya menghafal dalam sekolah yang berkualiti berubah kepada budaya berfikir secara kritis dengan menggunakan pengajaran berpusatkan murid dan bahan.  Murid akan memupuk kemahiran penyelesaian masalah yang kreatif bagi menghadapi situasi baru.  Pemfokusan murid ialah kepada belajar memproses dan memanipulasikan maklumat.
b)      Penggunaan teknologi secara intensif di mana terdapat kemudahan multimedia seperti makmal alat pandang dengar, “local area network” (LAN), dan “wide area ntwork” (WAN).  Sekolah yang berkualiti juga harus menggunakan perisian pengurusan sekolah bersepadu kerana ia menjimatkan masa dan tenaga.  Juga mesti terdapat system pengurusan maklumat pendidikan yang dapat mengumpul dan menyebarkan maklumat pendidikan.  Ini akan memudahkan pengurusan dan pengumpulan data.
c)      Sikap belajar cemerlang dan meningkatkan sikap positif di kalangan murid sangat penting dalam sebuah sekolah berkualiti.  Guru-guru mesti menimbulkan minat dalam segala tugas yang diusahakan serta membina perasaan yang gembira di kalangan murid untuk memudahkan berlakunya daya pemusatan.  Guru juga mesti membina keadaan minda yang aktif dan kreatif untuk memudahkan berlakunya daya pemusatan murid.
Selain daripada itu, guru juga mesti membina sikap kejayaan untuk setiap tugas yang diusahakan oleh murid walaupun kejayaan yang tercapai sedikit.  Guru juga mesti memberikan kebebasan kepada murid-murid untuk menjelajahi dan meneroka untuk membina interaksi yang sihat antara murid.  Murid-murid bebas member pendapat dan menghormati pendapat orang lain.
d)      Guru berperanan sebagai pembimbing dan akan mengenalpasti matlamat , mendefinisi kan hala tuju bagi murid-muridnya, memandu kemajuan murid kea rah mencapai matlamat kendiri dan membenarkan murid-murid mengikut kadar pembelajaran sendiri.  Guru bertanggung jawab menyediakan satu suasana yang menggalakkan pembelajaran terarah kendiri yang kreatif dan berdikari.

SOALAN  STRUKTUR:
1.      NYATAKAN EMPAT PENDEKATAN YANG BOLEH DIGUNAKAN OLEH GURU DALAM SEKOLAH BESTARI.
Dalam proses pembestarian, guru haruslah berusaha untuk menggunakan pelbagai pendekatan seperti :
a)      Pendekatan berfokuskan pelajar
b)      Pendekatan berfokuskan pembelajaran
c)      Pendekatan berpusatkan pemikiran
d)      Pendekatan berorientasikan proses.

2.      NYATAKAN EMPAT LANGKAH YANG BOLEH DIAMBIL OLEH SEBUAH SEKOLAH UNTUK MENINGKATKAN STATUSNYA KE SEBUAH SEKOLAH BERKUALITI

a)      Meningkatkan kemudahan prasarana untuk P&P serta menghasilkan lebih ramai pemimpin akademik dan tenaga pengajar bertaraf dunia.
b)      Mengemaskini dan membentuk kurikulum yang mampu menghasilkan murid yang berdaya saing pada peringkat global dan menepati Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
c)      Menggunakan kaedah P&P yang member penekanan kepada proses penjanaan dan pembinaan pengetahuan.
d)      Mengamalkan konsep akauntabiliti dalam P&P.


No comments:

Post a Comment