SOALAN-SOALAN BAB 3 : PEMBENTUKAN
PERSONALITI DAN KONSEP KENDIRI.
1.
Huraikan 4 cara
bagaimana seorang guru dapat mempertingkatkan konsep kendiri murid-muridnya
dalam proses P&P ?
Empat cara bagaimana seorang guru
dapat meningkatkan konsep kendiri murid-muridnya dalam proses P&P ialah
seperti berikut :
a) Menggalakkan
Interaksi Kanak-kanak & ibubapa yang positif
Kajian-kajian
dlm bidang ini mendapati bahawa tahap pemantauan dan perhubungan ibu bapa dgn
anak mempunyai hubungan yg signifikan atas konsep kendiri kanak-kanak. Sekiranya system kawalan social iaitu
pemantauan ibu bapa lemah, murid cenderung melakukan tingkah laku spt keganasan
dan kesalahan ringan spt menipu & ponteng sekolah. Ibu bapa yg kerap memantau & menjalinkan
hubungan yg baik dengan anak secara tidak langsung akan memupuk konsep kendiri
yg tinggi di kalangan murid-murid tersebut.
Oleh itu guru
mesti memainkan peranannya utk menggalakkan interaksi kanak-kanak dan ibubapa
yg positif dgn meningkatkan lagi tahap penglibatan ibu bapa dlm kegiatan &
aktiviti sekolah.
Guru boleh
berbuat demikian dengan menganjurkan aktiviti seperti Malam Ibu Bapa atau
meminta ibu bapa utk memberikan sumbangan secara langsung dlm aktiviti-aktiviti
P&P di sekolah.
b) Menggalakkan
murid untuk menggunakan Penyataan-Penyataan Kendiri Yg Positif.
Guru-guru
harus menggalakkan muridnya utk sentiasa menggunakan pernyataan kendiri yg
positif seperti;
i.
Saya suka diri saya sendiri
ii.
Saya bangga dgn tingkah laku saya
iii.
Saya suka tulisan saya
Dengan penggunaan pernyataan seperti
ini, murid dapat meningkatkan konsep kendiri & tingkah lakunya di sekolah.
Guru juga boleh menggalakkan muridnya
utk menulis sbuah buku yg bertajuk, “saya suka diri saya” dan mengepilkan pernyataan
di dalam buku tersebut.
Projek seperti ini akan membangkitkan
motivasi intrinsic & meningkatkan konsep kendiri murid kerana mereka akan
rasa seronok menyediakan buku menegenai diri mereka sendiri.
c) Mengambil
kira faktor bahawa setiap murid adalah unik & berbeza
Guru mesti
menghormati integrity setiap kanak-kanak & menerima kenyataan bahawa setiap
muridnya adalah berbeza dan unik. Guru
perlu menyediakan satu iklim bilik darjah kondusif utk muridnya serta menerima
perbezaan yg wujud dlm persekitaran mereka.
Guru juga
tidak boleh mengharapkan pencapaian setiap murid utk menjadi sama. Utk meningkatkan konsep kendiri muridnya,
guru mesti memberikan peluang kpd setiap murid utk membina personality kendiri,
serta melafazkan perasaan & pemikiran mereka dalam persekitaran yg bebas
dan selesa. Semua murid juga harus
diberikan peluang yg sama utk mengembangkan potensi mereka kpd tahap yg optima.
d) Membina imej
Kendiri yg sihat
Guru mesti
mengajar murid utk membina 1 imej kendiri yg positif serta mempunyai 1 identiti
kendiri yg sihat. Guru juga boleh
menolong menenamkan konsep kendiri yg tinggi dikalangan muridnya dgn mengajar
mereka utk menjadi lebih berdikari dgn mendedahkan mereka kpd kemahiran belajar
& kemahiran ekspresi kendiri.
Murid juga mesti diajar
supaya tidak takut utk melafazkan semua perasaan dan idea mereka.
Sebagai
rumusan, murid mesti mempunyai konsep kendiri yg tinggi utk menikmati proses
P&P. Dgn memiliki satu konsep kendiri
yg tinggi, muid boleh mendapat keyakinan yg tinggi utk melibatkan diri dlm
tugasan sekolah yg mencabar & mempercayai diri sendiri utk memperolehi
pencapaian akademik yg tinggi.
BAB 4 : PEMIKIRAN DAN GAYA
PEMBELAJARAN
1.
Nyatakan empat
(4) cirri penting dalam pemikiran kreatif
i.
Kepelbagaian idea
Seorang individu mempunyai kebolehan utk menjanakan banyak
idea apabila berhadapan dengan satu masalah yg khusus. Keunikan individu yg mengamalkan pemikiran
ini ialah ia mempunyai kebolehan utk melihat sesuatu masalah drp pelbagai
aspek.
Individu spt ini sangat berguna dlm sesuatu organisasi kerana
ia dapat menyelesaikan banyak isu & permasalahan dgn pemikiran
kreatifnya. Pemikiran ini juga berguna
dlm mata pelajaran Matematik dan Sains di mana seorang dapat mengemukakan
alternative kreatif apabila membuat soalan penyelesaian masalah.
ii) Fleksibiliti
Seorang yang mengamalkan pemikiran
kreatif mempunyai fleksibiliti dlm pemikirannya kerana ia cepat memikirkan
alternative bagi satu penyelesaian masalah.
Utk individu-individu ini, tiada masalah yg terlalu berat baginya kerana
ia dapat melihat pelbagai kemungkinan penyelesaian masalah yg tidak dapat di
lihat oleh org lain.
iii) Keaslian
Dalam pemikiran kreatif, seorang itu
dapat menggunakan idea yg tersendiri & tidak mungkin akan menerima idea org
lain. Idea yg digunakan oleh individu
utk menyelesaikan masalah asli &
tidak dapat difikirkan oleh org lain.
Tetapi kadang-kadang, individu ini terpaksa menerima idea org lain
khasnya apabila mereka tidak dapat menyelesaikan masalah yg diberikan.
iv) Perincian dan
“visualization”
Seseorang yg mempunyai kemahiran
kreativiti yg tinggi juga mempunyai kebolehan visualization (berimaginasi
secara membuat gambaran) yg tinggi di mana ia dapt mengambarkan sesuatu
penyelesaian masalah dengan cepat & tangkas. Ia juga mempunyai kebolehan utk melihat
secara terperinci semua aspek yg
terlibat dlm sesuatu permasalahan.
2) Terangkan beberapa cara untuk meningkatkan pemikiran
reflektif dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam bilik
darjah.
Pemikiran reflektif ialah sejenis
pemikiran yg penting dlm proses P&P dlm bilik darjah. Seseorang guru dapat meningkatkan pemikiran
reflektif murid dlm proses P&P.
beberapa cara yg boleh digunakan oleh guru utk meningkatkan lagi
pemikiran ini dihuraikan spt berikut:
i)
Guru perlu merancang aktiviti, kaedah serta teknik pengajaran
yg dapat menyebabkan murid terlibat dlm aktiviti pemikiran reflektif spt
sumbangsaran, membuat perbandingan, menganalisa, mengkategori dsb.
ii)
Guru perlu mengamalkan aktiviti P&P yg berfokus kpd
penggunaan KBKK (kemahiran belajar secara kreatif & kritis) dlm proses
P&P.
iii)
Murid juga mesti diberi pendedahan melalui taklimat/seminar
mengenai cara membuat refleksi dlm pelbagai bentuk spt portfolio, jurnal.
Diari, buku log dsb.
3) Terangkan beberapa cara seorang guru dapat meningkatkan daya
berfikir di kalangan murid-muridnya.
Guru perlu menerapkan kemahiran befikir secara kritis
& kreatif did lm objektif pengajaran serta dlm langkah-langkah
pengajarannya. Guru perlu secara sedar
menerapkan kemahiran berfikir dlm pengajarannya dikalangan murid-muridnya drp
peringkat pra-sekolah, sekolah rendah sampailah ke sekolah menengah.
Guru perlu mengaplikasikan Taksonomi Bloom dlm aras
penyoalan dlm bilik darjah. Peringkat
aras penyoalan dlm Taksonomi Bloom ialah drp peringkat kefahaman sehingga
peringkat sintesis. Penyoalan guru harus
bermula dgn pemeringkatan soalan yg senang kpd yg sukar.
Soalan yg lebih sukar harus diformulasikan utk murid yg
lebih pandai supaya mereka dapat mengaplikasikan kemahiran berfikir secara
kritis dlm kerja rumah & tugasan harian mereka.
Guru juga perlu menggunakan sumber P&P yg pelbagai
seperti perisian computer spt Thinkquest atau aktiviti matematik ‘mental’
supaya murid dapat mengamalkan pemikran kreatif.
Guru juga dapat menggalakkan murid utk melakukan aktiviti
P&P pemikiran reflektif spt menilai keputusan peperiksaan mereka yg lepas
& membuat pertimbangan serta penilaian tentang prestasi pencapaian mereka.
Guru mesti memastikan yg dia menanda semua catatan
refleksi dlm jurnal dan portfolio murid dan memberikan peneguhan yg positif
apabila mereka dapat membuat satu penulisan yg baik. Guru juga mesti memberikan komen positif yg
agak terperinci supaya murid lebih bermotivasi utk membuat penulisan reflektif
mereka.
Peranan guru yg
sangat penting ialah memberikan soalan penyelesian masalah yg kompleks &
rumit utk mencabar minda murid utk meningkatkan lagi pemikiran kritis &
kreatif. Guru harus menggunakan kaedah
‘probing’ utk memberikan latihan mental yg tinggi kpd murid-murid mereka.
Satu lagi cara b/mana guru boleh menggalakkan muridnya
berfikir secara kritis & kreatif ialah melalui kaedah projek dimana mereka
digalakkan utk mencari maklumat & menyelesaikan permasalahan yg di hadapi.
4. Berikan lima (5) ciri-ciri pemikiran
a) Berlaku
dalam minda individu
b) Berlaku kerana kewujudan ransangan,
semasa ragu dan semasa menghadapi masalah.
c) Berfungsi
sebagai satu proses yang mengikut prosedur.
d) Aktiviti kognitif yg berlaku ke atas
ransangan yg di terima dgn pengalaman sedia ada.
e) Mentafsir ransangan dgn membuat
pertimbangan, keputusan & refleksi yg rasional atau menyelesaikan masalah
yg di hadapi.
5. Nyatakan lima (5)
ciri-ciri pemikiran reflektif
a) Perkaitan
sesuatu idea dgn pengalaman sedia ada murid.
b) Mengemukakan
soalan-soalan kendiri.
c) Mengusulkan
hipotesis & andaian.
d) Mengemukan
pelbagai kemungkinan penyelesian yg wajar.
e) Menilai
kemungkinan penyelesaian secara kritis & kreatif
6. Nyatakan empat (4) perbezaan yg terdapt antara pemikiran
menegak dan pemikiran mendatar.
a) Pemikiran menegak bersifat analitik manakala pemikiran
mendatar bersifat inkuari.
b) Pemikiran menegak mencari jawapan logic manakala pemikiran
mendatar mencari pelbagai kemungkinan penyelesian yg unik.
c) Pemikiran menegak mengikut satu urutan langkah yg sistematik
manakala pemikiran mendatar tidak perlu membuat urutan ini.
d) Dalam pemikiran menegak, kategori, klasifikasi dan lebel
ditetapkan, tetapi dalam pemikiran mendatar aspek ini tidak di titikberatkan.
CONTOH SOALAN GAYA
PEMBELAJARAN
1.
Berikan tiga contoh stimuli yang
terdapat dalam setiap elemen Model Dunn & Dunn
Bil Elemen Stimuli
1.
Persekitaran bunyi, suhu dan lampu
2.
Emosi motivasi, t/jawab,
struktur
3.
Sosiologi kendiri,
berpasangan, pasukan
4.
Fizikal masa,
mobility,persepsi
5.
Psikologi global, analitik,
impulsive, reflektif
2.
Huraikan ciri-ciri penting yg
terdapat dalam empat kategori gaya pembelajaran yg telah di kemukakan oleh
Honey dan Mumford (986).
Honey dan Mumford telah mengemukakan teori
gaya pembelajaran di mana mereka telah membahagikan gaya pembelajaran
murid-murid kepada 4 jenis iaitu aktivis, reflektor, teoris dan pragmatik.
a)
Aktivis
Murid-murid
yg mempunyai gaya pembelajaran aktivis suka perkara baru & sentiasa
berfikiran terbuka. Mereka suka
melibatkan diri dlm aktiviti perbincangan & juga dlm sumbangsaran / sesi
buzz. Murid yg terdapat dlm kumpulan ini
suka mencari pengalaman baru & mempunyai motivasi instrinsik yg tinggi dlm
mencari pengalaman baru.
b)
Reflektor
Murid yg mempunyai gaya pembelajaran
reflector lebih gemar mengumpul data.
Mereka suka membuat pemikiran analitikal. Mereka juga lebih gemar menganalisa data
& meneliti jadual, carta & graf.
Mereka juga mengambil masa yg lama untuk membuat sesuatu kesimpulan.
c)
Teoris
Murid yg
mempunyai gaya pembelajaran teoris lebih bersifat objektif & memerlukan
data & bukti yg kukuh sebelum dapat membuat satu rumusan /
generalisasi. Mereka juga gemar membuat
rumusan berasaskan bukti, analisa data & logik.
d)
Pragmatik
Murid-murid yg
mempunyai gaya pembelajaran pragmatic suka mencuba idea, teori atau teknik
baru. Murid-murid yg mempunyai gaya
pembelajaran ini akan memastikan samada sesuatu teori itu berguna dan boleh
dipraktikkan dalam situasi sebenar atau tidak.
SOALAN : BIMBINGAN DALAM
PENDIDIKAN
1.
HURAIKAN CARA-CARA GURU BIASA
BOLEH MEMBANTU MURID-MURID DALAM PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING.
Guru biasa mesti dapat mengenal pasti murid
yang mengalami masalah dari segi pembelajaran, sosio-emosi, kesihatan dan
kecacatan.
Guru biasa juga mesti menghubungi ibubapa
nurid jika perlu utk membincangkan masalah yg dihadapi oleh murid
tersebut. Langkah ini juga dapat
mewujudkan hubungan yg mesra & professional diantara guru dengan ibu bapa.
Guru biasa juga mesti menyimpan rekod
pelajar iaitu kad himpunan 001 & 002.
Kad-kad tersebut dapat member maklumat tentang latar belakang murid,
keluarga, kesihatan, pencapaian akademik dsb.
Selain drp itu, guru biasa juga mesti
mengelolakan program orientasi murid yg baru di sekolah rendah & menengah
dgn tujuan membantu murid ini menyesuaikan diri dgn persekitaran baru mereka.
Guru biasa juga boleh mengelolakan ceramah
yg membincangkan masalah kini yg dihadapi oleh remaja spt merokok,
penyalahgunaan dadah & vandalism.
Guru biasa mesti memberikan perhatian yg
mendalam kpd muridnya. Layanan individu
hendaklah diberi kepada murid yg amat lemah & yg mempunyai tingkah laku
bermasalah. Layanan spt ini dapat
meningkatkan keyakinan & harapan murid berkenaan.
Guru biasa juga mesti mempelbagaikan jenis
penilaian yg hendak diberikan kpd muridnya.
Contohnya, bagi murid yg cerdas & sederhana, ujian rujukan norma
adalah sesuai kerana ia menggalakkan petandingan di kalangan murid. Sebaliknya, bagi murid yg lemah, ujian
rujukan kreteria adalah lebih sesuai.
Guru biasa juga perlu mengesan masalah atau
keadaan yg tidak memuaskan yg boleh menjejaskan pencapaian akademik murid,
disamping mengembangkan peribadi & sosial dgn memberikan bimbingan yg
sejajar.
Guru biasa juga harus menolong muridnya
membentuk tabiat kerja yg baik & menghargai semua tugasan yg diamanahkan
kepadanya. Ini bermakna guru biasa juga
harus membantu murid melaksanakan semua kerja yg diamanahkan kepadanya dengan
sempurna.
Akhir sekali, guru biasa haruslah
bekerjasama dgn ibubapa dlm hal perkembangan murid khasnya dlm bidang kurikulum
& ko-kurikulum.
SOALAN STRUKTUR
1.
APAKAH TINDAKAN-TINDAKAN YANG
BOLEH DIAMBIL OLEH GURU BIMBINGAN & KAUNSELING UNTUK MENGATASI MASALAH TINGKAH
LAKU MURID-MURIDNYA?
Antara tindakan-tindakan yang boleh diambil untuk
membantu guru bimbingan & kaunseling mengatasi masalah tingkah laku
murid-muridnya ialah :
a)
Mengenal
pasti punca masalah & menolong murid mengatasi masalah mereka.
b)
Menghubungi
ibubapa murid utk mendapatkan kerjasama bagi menyelesaikan masalah tersebut.
c)
Membuat
lawatan ke rumah murid utk memahami masalah mereka.
d)
Berusaha
utk mewujudkan hubungan yg baik gn murid tersebut melalui interaksi yg mesra
& dgn memberikan lebih perhatian kpd mereka.
e)
Memotivasikan
murid tersebut dgn tujuan memupuk minat mereka dlm pelajaran.
f)
Menasihatkan
murid bermasalah supaya tidak terlibat dgn kegiatan najis dadah / kumpulan
risiko tinggi spt kumpulan gang, pemeras ugut dsb.
2.
NYATAKAN EMPAT PRINSIP ASAS
SEMULAJADI MANUSIA YANG BOLEH DIAPLIKASIKAN DALAM KHIDMAT KAUNSELING.
Empat prinsip asas yang boleh diaplikasikan
ialah :
a)
Manusia
mempunyai harga diri.
b)
Manusia
itu unik.
c)
Manusia
cenderung kea rah kesempurnaan
d)
Manusia
berkembang dalam proses sosialisasi.
3.
SENARAIKAN LIMA ETIKA KAUNSELING
a)
Tanggung
jawab
b)
Kecekapan
c)
Kenyataan
awam iaitu menjaga kebajikan pengguna klien
d)
Kerahsiaan
e)
Standard
moral yang tinggi
SOALAN : PENGURUSAN DAN
PERKEMBANGAN KURIKULUM
SOALAN STRUKTUR:
1.
NYATAKAN EMPAT CARA KURIKULUM
TERSEMBUNYI MEMPENGARUHI KURIKULUM FORMAL.
Empat cara kurikulum tersembunyi mempengaruhi
kurikulum formal ialah :
a)
Murid
dapat pengalaman pembelajaran yang tidak dirancang oleh guru.
b)
Pengalaman
murid boleh menjadi pengetahuan sedia ada yang boleh membantu guru mengajar.
c)
Melatih
murid berfikir melalui model yang ditunjukkan oleh guru & interaksi dalam
kelas.
d)
Melatih
murid membina kemahiran social melalui pengalaman sendiri
2.
NAYATAKAN LIMA PERKARA YANG BOLEH
DIPERHATIKAN OLEH GURU SEMASA MELAKSANAKAN KURIKULUM DALAM BILIK DARJAH.
a)
Menentukan
pengetahuan serta kemahiran yang diperlukan.
b)
Merancang
strategi pelaksanaan yang hendak digunakan bagi menjamin pencapaian objektif
mata pelajaran.
c)
Menentukan
bahan-bahan P&P serta kaedah & teknik pengajaran.
d)
Penilaian
terhadap pencapaian objektif P&P
e)
Persekitaran,
minat serta latar belakang murid.
SOALAN ESEI
1.
HURAIKAN LIMA CIRI KURIKULUM YANG
BAIK.
Lima cirri kurikulum yang baik ialah :
a)
Mempunyai skop yang luas :
kurikulum harus mendedahkan murid kepada pengetahuan, kefahaman dan
kemahiran-kemahiran yang baru.
b)
Seimbang : setiap bahagian kurikulum perlu di berikan
masa yang secukupnya untuk memberikan hasil pembelajaran tetapi ia tidak boleh
menghalang pembelajaran yang lain.
c)
Bersesuaian : murid harus diajar supaya mengaitkan
pengalaman kendiri kepada kurikulum & focus diberikan hanya kepada
pengalaman praktikal & nyata.
d)
Memenuhi keperluan Individu yang berlainan :
guru mesti memastikan aya yang diajar dan bagaimana ia diajar mesti
dipadankan kepada kebolehan dan sikap murid.
Kurikulum juga mesti disesuaikan kepada kebolehan murid supaya murid
boleh menunjukkan kemajuan.
e)
Aspek-aspek yang pelbagai
: sebuah kurikulum yang baik
harus mengajar murid aspek-aspek yang pelbagai dalam kehidupan seperti
pendidikan social , pencemaran, pendidikan kerjaya, teknologi maklumat dan
komunikasi.
SOALAN : GURU SEBAGAI SATU
PROFESION
SOALAN STRUKTUR:
1.
JELASKAN ENAM CARA GURU DAPAT
MENGUBAH PANDANGAN MASYARAKAT TERHADAP SEKOLAH DALAM KONTEKS AKAUNTABILITI
PROFESION INI.
Enam cara guru dapat mengubah pandangan masyarakat
terhadap sekolah dalam konteks akauntabiliti profesion ini ialah seperti
berikut:
a)
Berperanan
sebagai ibu bapa kepada murid.
b)
Bertindak
secara adil & saksama dlm interaksi dan layanan terhadap murid.
c)
Menampilkan
cirri-ciri personality yg sesuai terhadap masyarakat sekeliling.
d)
Mengemaskinikan
ilmu & kemahiran dalam bidang pengkhususan demi meningkatkan prestasi &
kemajuan murid.
e)
Menunjukkan
teladan yang baik sepanjang masa persekolahan.
f)
Mendidik
murid sebagai individu tanpa mengambil kira status, latar belakang dan bangsa.
2.
NYATAKAN BEBERAPA SIFAT DAN
KUALITI PERIBADI GURU SEBAGAI SEORANG PROFESIONAL.
Sebagai seorang professional, seorang guru perlu
mempunyai cirri-ciri yang berikut:
a)
Baik
hati.
b)
Mempunyai
unsure kecindan
c)
Sabar
d)
Bertanggungjawab
e)
Keyakinan
f)
Kepimpinan
yang tinggi
g)
Ingin
tahu
h)
Pengetahuan
ikhtisas
i)
Suka
membaca
j)
Kemahiran
berkomunikasi yang tinggi
k)
Daya
ingatan tinggi
l)
Daya
usaha tinggi
3.
NYATAKAN LIMA CIRI AKAUNTABILITI
GURU TERHADAP NEGARA
Lima cirri-ciri akauntabiliti guru terhadap Negara
ialah seperti berikut:
a)
Guru
perlu menyebarkan cita & hasrat falsafah pendidikan Negara &Rukun
Negara.
b)
Guru
juga perlu memupuk nilai & sikap yg murni dlm masyarakat.
c)
Guru
perlu mengambil bahagian yang cergas dalam kegiatan-kegiatan masyarakat.
d)
Guru
juga perlu mengeratkan persefahaman & bekerjasama dgn ikhlas dlm system
persekolahan.
e)
Guru
juga perlu memberikan sumbangan secara sukarela kepada masyarakat dan Negara.
4.
NAYATAKAN EMPAT CIRI
AKAUNTABILITI GURU TERHADAP PROGRAM PENDIDIKAN
Empat ciri akauntabiliti guru terhadap program
pendidikan ialah :
a)
Seorang
guru perlu membaca secara meluas buku yg berkaitan dgn mata pelajaran yg
diajar.
b)
Guru
juga perlu mempunyai kepakaran & pengetahuan yg luas dengan subjek
pengkhususan.
c)
Guru
juga perlu mengajar dgn menggunakan fakta-fakta yang betul.
d)
Guru
juga perlu sentiasa membuat peningkatan kendiri secara professional dgn
menghadiri seminar & bengkel.
5.
NYATAKAN EMPAT CIRI AKAUNTABILITI
GURU TERHADAP IBU BAPA
Empat ciri akauntabiliti guru terhadap ibu bapa ialah
seperti berikut:
Setiap guru yg professional juga mempunyai
tanggungjawab terhadap ibu bapa seperti yg berikut:
a)
Menghormati
tanggungjawab terhadap anak-anak.
b)
Semua
maklumat yg diberikan oleh ibu bapa adalah sulit dan digunakan dengan teliti
dan bijaksana oleh guru.
c)
Guru
tidak dipengaruhi oleh kedudukan sosio-ekonomi ibu bapa.
d)
Guru
tidak menjejaskan perhubungan ibu bapa dan guru.
6.
NYATAKAN TIGA CIRI AKAUNTABILITI
GURU TERHADAP RAKAN SEJAWAT
a)
Setiap
orang guru perlu memastikan bahawa ia menunjukkan akauntabiliti terhadap rakan
sejawatnya & profesion keguruan.
b)
Dia
perlu membuat perkara-perkara berikut:
i)
Tidak
mencemarkan nama baik rakan sejawat.
ii)
Tidak
melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan imej & reputasi rakan
sejawat.
c)
Membantu
rakan sejawat secara professional dalam semua tugas yang diamanahkan kepadanya.
SOALAN ESEI:
1.
PERANAN GURU SEBAGAI SEORANG
PROFESIONAL SEMAKIN MENCABAR. BINCANGKAN
EMPAT CARA MENINGKATKAN KEMBALI TERHADAP PROFESIONALISMENYA.
Peranan guru menjadi semakin penting, lebih-lebih lagi
dlm era globalisasi yang memang banyak diperkatakan sekarang. Tanggungjawab guru kini bukan lagi terhad
seperti dulu tetapi sudah bertambah. Ini
merupakan satu cabaran baru kepada guru
bagi menentukan bahawa dalam zaman ledakan maklumat, murid sekolah tidak
ketinggalan. Justeru itu, guru perlu
menimba lebih banyak ilmu pengetahuan melalui penggunaan teknologi maklumat dan
kaedah pengajaran terkini.
Sehubungan itu, semua guru perlu berusaha dan bekerja
lebih keras utk memahirkan diri dgn perkembangan semasa. Martabat profesion keguruan memang boleh
dinaikkan oleh guru sendiri dengan mengikuti cara-cara yg berikut :
a)
Memahami dan melaksanakan etika keguruan
Guru perlu mencintai profesion keguruan itu
sendiri, yakni mereka bukan bekerja utk tujuan sara hidup semata-mata. Mereka harus cinta dan bertanggungjawab
terhadap kerjaya mulia sebagai pendidik.
Martabat profesion itu harus dilihat bukan sahaja dari segi pendapatan
tetapi juga dari segi peranan dan
sumbangannya.
Masyarakat dahulu memandang profesion
keguruan sebagai suatu yang bermartabat tinggi serta mulia. Oleh itu, guru mesti memastikan bahawa
masyarakat sekarang juga masih menganggapnya sebagai suatu profesion yang
mulia. Guru perlu memahami dan melaksana
kan semua aspek etika keguruan supaya mereka masih dihormati oleh masyarakat.
b)
Mempunyai sikap ingin belajar sepanjang
hayat.
Usaha belajar sepanjang hayat adalah suatu
perkara yg amat penting utk diri guru, memandangkan dunia berada dalam keadaan
ledakan maklumat & pengetahuan berkembang berlipat ganda dlm tempoh yg
singkat. Lagi pun, guru mesti memastikan
bahawa mereka sentiasa melengkapkan diri dengan ilmu terkini memandangkan yg
mereka ini merupakan penyampai ilmu kepada pelajar.
Ini ialah kerana dengan mengikuti latihan
ikhtisas selama beberapa tahun sahaja, tidak boleh menjamin bahawa guru sudah
terlatih utk selama-lamanya. Sebaliknya, jika guru tidak mempunyai sikap
utk belajar dan menambahkan ilmu pengetahuan selepas dilatih, guru itu akan
ketinggalan & profesion keguruan mungkin akan kehilangan martabatnya.
c)
Mempunyai komitmen tinggi untuk memastikan
yang murid-murid mendapat pendidikan berkualiti.
Satu cara guru boleh meningkatkan martabat
profesion keguruan ialah melalui keputusan peperiksaan awam dimana masyarakat
setempat membuat penilaian kpd pengajaran guru.
Sebagai contoh, dari segi pencapaian peperiksaan umum di kalangan murid,
keputusannya harus meningkat dari setahun ke setahun. Dari aspek kemudahan pula, pihak sekolah
sentiasa berusaha utk menyediakan infrastruktur yg bermutu tinggi. Justeru itu, untuk meningkatkan martabat
profesion ini, guru mesti selalu menyediakan pendidikan yang berkualiti selain
drp menyediakan murid-murid cemerlang dalam peperiksaan awam.
d)
Menerima latihan dalam
perkembangan-perkembangan terkini dalam dunia pendidikan
Untuk meningkatkan lagi martabat profesion
keguruan, guru-guru harus diberikan lebih banyak pendedahan kepada
perkembangan-perkembangan terkini dalam dunia pendidikan melalui latihan,
supaya matlamat ini dapat disampaikan kepada lebih ramai guru. Ini ialah kerana tanggungjawab sebagai
seorang guru adalah kompleks, iaitu mereka bukan sahaja perlu mempertingkatkan
pencapaian akademik murid tetapi juga perlu menaikkan martabat profesion
keguruan.
Bagi sesuatu yang kompleks seperti itu,
adalah tidak cukup dengan satu atau dua orang sahaja melaksanakannya. Justeru itu, semua guru memerlukan usaha
secara berkumpulan ataupun bersepadu utk meningkatkan martabat pofesion
keguruan dan juga utk mempertingkatkan kualiti pendidikan seluruh Negara. Agensi-agensi yang berkaitan dengan
pendidikan perlu memainkan peranan
mengikut bidang kuasa masing-masing bagi memastikan profesion keguruan terus
dimuliakan dan dapat menyumbang sepenuhnya kepada pembangunan Negara dan
kesejahteraan masyarakat Malaysia pada keseluruhannya.
SOALAN : GURU DAN ALAM PENDIDIKAN
SOALAN ESEI
1.
Terangkan empat peranan guru
dalam mengendalikan kurikulum pengajaran di sekolah.
Empat peranan guru dalam mengendalikan
kurikulum pengajaran di sekolah ialah seperti berikut :
a)
Guru sebagai pemimpin.
Guru yang mengamalkan sikap kepimpinan
demokratik memainkan peranan sebagai pemudah cara dan pembimbing dalam aktiviti
P&P.
Murid diberikan peluang berinteraksi secara
dua hala sama ada dengan guru atau pun sesame mereka sendiri. Murid-murid juga di benarkan untuk melibatkan
diri secara aktif dalam proses P&P.
b)
Guru bersifat penyayang
Sifat guru yang penuh dengan kasih saying
memberikan implikasi yang positif kepada perkembangan sosio-emosi murid-murid.
Guru harus bersifat penyayang, tidak cepat
naik darah dan juga sangat bersabar. Ini
membawa kepada hubungan yang mesra dengan murid. Murid-murid akan berasa seronok dan gembira
semasa aktiviti P&P dijalankan.
c)
Guru sebagai Pemudahcara / Pembimbing
Guru boleh berperanan sebagai seorang
fasilitator dalam bilik darjah. Fungsi
guru sebagai fasilitator boleh dilihat semasa aktiviti kumpulan dalam sesi
P&P.
Dalam konteks ini, guru hanya memberikan
arahan kepada murid dan bertindak sebagai pemerhati sahaja. Sebagai pemudahcara, guru hanya memberikan
tajuk perbincangan dan bertindak sebagai pemerhati dan pembimbing sepanjang
sesi pengajaran.
d)
Guru sebagai Pembentuk nilai
Guru perlu berperanan sebagai ‘role model’
yang baik kepada murid dan menunjukkan nilai-nilai yang positif dalam
pengajarannya. Beliau juga mesti menjadi
ikutan murid-murid. Guru juga harus
merancang strategi dan aktiviti pembelajaran di mana dia boleh membuat banyak
aktiviti-aktiviti penerapan nilai.
2.
NYATAKAN LANGKAH-LANGKAH YANG
TERDAPAT DALAM PENGAJARAN REFLEKTIF
Peringkat-peringkat dalam pengajaran
reflektif ialah seperti berikut :
a)
Bila
guru sudah mengenali masalah yang dihadapi, proses pengajaran reflektif sudah
dikatakan bermula.
b)
Selepas
itu, guru perlu membaca dan mentafsir maklumat-maklumat yang ada dalam
pernyataan masalah kepada murid-murid.
Murid-murid juga mesti memahami masalah melalui pemikiran kognitif.
c)
Selepas
itu, guru perlu membantu murid menentukan an menyusun maklumat, memproses dan
menganalisis data dengan pemikiran kritis.
d)
Proses
yang menyusuli ialah guru meminta murid mencari hubungan dan mengingat kembali
perhubungan pengalaman-pengalaman yang sedia ada dengan penyelesaian masalah
yang betul.
e)
Selepas
itu, guru perlu meminta murid mencadang hipotesis dengan menggunakan pemikiran
kritis dan kreatif.
f)
Selepas
itu, guru juga perlu meminta murid membukti hipotesis dan mencari pelbagai
kemungkinan penyelesaian.
g)
Langkah
yang terakhir ialah guru harus menggalakkan murid untuk menggunakan pemikiran
refleksi ( metakognisi) untuk membuat keputusan atau menetap tindakan susulan.
SOALAN
: KEMAHIRAN PROFESIONAL GURU
SOALAN
ESEI
1.
TERANGKAN EMPAT CIRI-CIRI YANG
GURU MESTI MEMPERTIMBANGKAN DALAM KEMAHIRAN PEMUDAHCARAAN.
Dalam kemahiran pemudahcaraan, guru
seharusnya menyedari yang semua murid mampu belajar. Dengan ini, guru mesti member peluang yang
mencukupi untuk murid-muridnya menguasai
sesuatu hasil pembelajaran.
Guru berperanan sebagai pemimpin,
pembimbing dan fasilitator pembelajaran.
Peranan guru sebagai pemudahcara boleh berubah-ubah mengikut kesesuaian
dan aktiviti yang dirancang oleh guru.
Jika guru memilih untuk mengajar mengikut kaedah kelas misalnya, guru
akan lebih berperanan sebagai pemimpin dan pengajar. Jika guru mengajar secara kumpulan kecil atau
murid memanfaatkan penggunaan teknologi maklumat maka peranan guru pula adalah
lebih sebagai pemudahcara.
Sebagai seorang pemudahcara, guru tidak
boleh memberikan jawapan-jawapan secara langsung kepada murid-murid. Guru hanya akan memberikan tajuk soalan serta
mengemukakan soalan-soalan yang dapat menolong murid-murid untuk menyelesaikan
maslah pembelajaran yang dihadapi.
Sebagai seorang pemudahcara, guru perlu
banyak mengelolakan strategi pembelajaran secara koperatif dan kolaboratif yang
menggunakan pendekatan pemusatan murid dan pemusatan bahan. Sebagai pemudahcara yang berkesan, guru juga
perlu memastikan yang penglibatan murid adalah pada tahap yang sangat tinggi
dan mereka dapat memanipulasikan bahan-bahan yang diberikan oleh guru dengan
sepenuhnya.
SOALAN
: PENINGKATAN PROFESIONAL KENDIRI
SOALAN
ESEI
1.
HURAIKAN BEBERAPA CARA BAGAIMANA
GURU MELENGKAPKAN DIRI UNTUK MENGHADAPI CABARAN-CABARAN MASA KINI UNTUK
MENINGKATKAN LAGI STATUS PROFESIONALISME KEGURUAN.
Seorang guru mesti sentiasa berusaha untuk
membuat peningkatan kendiri dengan menghadiri kursus jangka pendek dan jangka
panjang, seminar, bengkel, wacana pendidikan, latihan dalaman, taklimat dan
sebagainya.
Guru juga mesti peka terhadap segala perkembangan
pendidikan daripelbagai segi. Ini
bermaksud guru perlu mengetahui perkembangan-perkembangan terkini dalam mata
pelajaran yang diajar olehnya. Selepas
itu, guru perlu memastikan yang dia menghadiri kursus-kursus yang dapat
mendedahkannya kepada ilmu pengetahuan yang baru itu.
Guru juga mesti bersifat penyayang terhadap
murid, rakan sejawat, ketua jabatan, staf sokongan dan lain-lain. Guru mesti sentiasa memberikan peneguhan
positif kepada murid-muridnya serta menunjukkan mimic muka dan gerak badan yang
melambangkan yang beliau mengambil berat tentang murid-muridnya.
Guru juga mesti menjalankan kajian dan
penyelidikan untuk meningkatkan lagi keberkesanan P&P. guru perlu membuat penyelidikan tindakan
untuk menangani maslah-masalah yang berkaitan dengan amalan-amalan P&P di
dalam bilik darjah.
Guru juga mesti mengamalkan budaya ilmu
seperti membaca, berfikir, memerhati, berkarya dan bertukar fikiran serta
sentiasa bersumbangsaran. Guru mesti
memastikan dia sentiasa menyebar ilmu yang terkini kepada murid-muridnya.
Selain daripada itu, guru perlu bersikap
terbuka secara proaktif dan bersedia untuk menghadapi perubahan-perubahan
terkini khususnya dalam bidang pendidikan.
Guru perlu memainkan peranan sebagai agen perubahan di mana di perlu
mengaplikasikan kaedah-kaedah teknologi terkini dalam pengajaranya.
Dia juga perlu meningkatkan amalan-amalan
nilai murid seperti bertanggung jawab terhadap tugas yang telah di amanahkan
dan majadi seorang ‘role model’ yang baik.
Ini ialah kerana satu peranan guru yang penting bukan sahaja untuk
membuat penerapan nilai-nilai tetapi juga untuk menghayati kesemua nilai-nilai
tersebut.
SOALAN
: CABARAN PROFESION KEGURUAN
SOALAN
ESEI
1.
SEBUTKAN LIMA JENIS IKLIM YANG
HARUS WUJUD DALAM SEBUAH SEKOLAH UNTUKNYA MENCAPAI SEBUAH STATUS SEKOLAH
BERKUALITI.
a)
Iklim
yang mesra . guru boleh mewujudkan
suasana yang memudahkan persahabatan dengan bersifat adil.
b)
Iklim
yang member galakan kepada murid untuk menyedari harapan guru dan guru besar
serta berusaha untuk mencapainya.
c)
Iklim
yang menggalakkan murid untuk memperkembangkan potensi mereka secara maksima.
d)
Iklim
yang tidak menghukum / memupuk perkembangan sosio-emosi yang sihat bagi
murid. Murid-murid juga rela menerima
dan mengikut peraturan-peraturan di sekolah.
e)
Iklim
sekolah yang mempunyai kepimpinan demokratik.
Guru-guru dapat menjadi contoh kepada murid memupuk perkembangan
sifat-sifat social yang positif serta kestabilan emosi murid-murid.
2.
HURAIKAN CIRI-CIRI YANG AKAN
DITUNJUKKAN OLEH SEBUAH SEKOLAH BERKUALITI YANG TELAH MENJALANKAN REFORMASI
SISTEM PERSEKOLAHAN MALAYSIAN SECARA SISTEMATIK.
a)
Budaya
menghafal dalam sekolah yang berkualiti berubah kepada budaya berfikir secara
kritis dengan menggunakan pengajaran berpusatkan murid dan bahan. Murid akan memupuk kemahiran penyelesaian
masalah yang kreatif bagi menghadapi situasi baru. Pemfokusan murid ialah kepada belajar
memproses dan memanipulasikan maklumat.
b)
Penggunaan
teknologi secara intensif di mana terdapat kemudahan multimedia seperti makmal
alat pandang dengar, “local area network” (LAN), dan “wide area ntwork”
(WAN). Sekolah yang berkualiti juga
harus menggunakan perisian pengurusan sekolah bersepadu kerana ia menjimatkan
masa dan tenaga. Juga mesti terdapat
system pengurusan maklumat pendidikan yang dapat mengumpul dan menyebarkan
maklumat pendidikan. Ini akan memudahkan
pengurusan dan pengumpulan data.
c)
Sikap
belajar cemerlang dan meningkatkan sikap positif di kalangan murid sangat
penting dalam sebuah sekolah berkualiti.
Guru-guru mesti menimbulkan minat dalam segala tugas yang diusahakan
serta membina perasaan yang gembira di kalangan murid untuk memudahkan
berlakunya daya pemusatan. Guru juga
mesti membina keadaan minda yang aktif dan kreatif untuk memudahkan berlakunya
daya pemusatan murid.
Selain daripada itu, guru juga mesti
membina sikap kejayaan untuk setiap tugas yang diusahakan oleh murid walaupun
kejayaan yang tercapai sedikit. Guru
juga mesti memberikan kebebasan kepada murid-murid untuk menjelajahi dan
meneroka untuk membina interaksi yang sihat antara murid. Murid-murid bebas member pendapat dan
menghormati pendapat orang lain.
d)
Guru
berperanan sebagai pembimbing dan akan mengenalpasti matlamat , mendefinisi kan
hala tuju bagi murid-muridnya, memandu kemajuan murid kea rah mencapai matlamat
kendiri dan membenarkan murid-murid mengikut kadar pembelajaran sendiri. Guru bertanggung jawab menyediakan satu
suasana yang menggalakkan pembelajaran terarah kendiri yang kreatif dan
berdikari.
SOALAN
STRUKTUR:
1.
NYATAKAN EMPAT PENDEKATAN YANG
BOLEH DIGUNAKAN OLEH GURU DALAM SEKOLAH BESTARI.
Dalam proses pembestarian, guru haruslah
berusaha untuk menggunakan pelbagai pendekatan seperti :
a)
Pendekatan
berfokuskan pelajar
b)
Pendekatan
berfokuskan pembelajaran
c)
Pendekatan
berpusatkan pemikiran
d)
Pendekatan
berorientasikan proses.
2.
NYATAKAN EMPAT LANGKAH YANG BOLEH
DIAMBIL OLEH SEBUAH SEKOLAH UNTUK MENINGKATKAN STATUSNYA KE SEBUAH SEKOLAH
BERKUALITI
a)
Meningkatkan
kemudahan prasarana untuk P&P serta menghasilkan lebih ramai pemimpin
akademik dan tenaga pengajar bertaraf dunia.
b)
Mengemaskini
dan membentuk kurikulum yang mampu menghasilkan murid yang berdaya saing pada
peringkat global dan menepati Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
c)
Menggunakan
kaedah P&P yang member penekanan kepada proses penjanaan dan pembinaan
pengetahuan.
d)
Mengamalkan
konsep akauntabiliti dalam P&P.